Apr 24, 2013

Oh! Pakcik Kenny

Hari Ahad adalah hari untuk Jalan-jalan Cari Makan. hehe
Pilihan saya dan keluarga (Ahad lepas): Kenny Rogers Roasters
*pilihan kak Dina sebenarnya haha

Kak Dina's favourite: Macaroni & Cheese.
Zarif pun suka.
Abil? Dia suka ayam panggang pakcik Kenny je.
Yang lain dia tak pandang. hehe

Ok. Kami makan-makan di lokasi di bawah.
Yes, siap ada Drive-Thru. Menarik!


Oleh kerana saya dah agak muak makan ayam, saya hanya pilih menu di bawah.
Jacket Potato with BBQ Baked Beans.

Yang sebenarnya, dok 'mengidam' nak makan jacket potato (England mariii). hehe
*rindu zaman belajar dolu-dolu. sigh


Paling saya suka di Kenny Rogers Roasters?
M.U.F.F.I.N!

imej google


So, anda suka Kenny Rogers tak? Apa menu pilihan anda?
Tak suka Kenny Rogers, suka apa? meh la kongsi :)


Lapar? Jengah-jengah menu Kenny Rogers kat SINI.


dari Instagram


Senyum itu Sunnah :)

Autisme: Tahukah Anda? (episod 3)


Ok. satu lagi ciri individu Autisme: Tidak bermain dengan orang lain
(dari kalendar usahasama Guardian(M) dan Nasom) 


Antara cabaran utama mereka (individu autisme); bersosial dan berkomunikasi.
Jadi, mereka biasanya suka menyendiri dan tidak bermain dengan orang lain.

Dalam sesetengah kes, mereka mungkin 'ingin' bergaul, tetapi tak tahu bagaimana untuk bermula. Oleh itu, kalau anda berada hampir dengan mana2 individu autisme (kanak-kanak atau dewasa), anda harus mengambil inisiatif untuk memulakannya dahulu. Mereka mungkin nampak malu/segan atau sombong, hakikatnya tidak.  Apa pun, jangan terlalu memaksa mereka. FYI, untuk mereka berada di dalam kelompok kawan-kawan atau orang ramai saja sebenarnya adalah satu progress.

Sentiasalah bersangka baik dan cuba memahami ciri-ciri ini.  Sebenarnya, individu tipikal (bukan autisme) pun ada yang suka berseorangan dan buat hal sendiri, kan? Apa yang penting, kita perlu menerima seadanya setiap kelebihan dan kekurangan orang lain secara positif.  

oh ya, ada juga individu autisme yang friendly. Tetapi, cara mereka berkomunikasi dan bergaul selalunya agak 'luar biasa' dan janggal. Ingat, individu autisme sangat 'lurus'. Mereka tidak boleh/sukar memahami body language dan bahasa berkias.

Anyway, tips bergaul dengan individu autisme (atau sesiapa saja) ialah bersangka baik. Keep positive!


dari twitter


Abil? Dia memang tak begitu 'sosial'. Tapi dia tiada masalah untuk beraktiviti di dalam kumpulan. Bagaimanapun, biasanya dia perlu dibantu (walaupun sekadar dari jauh). Apa yang saya perhatikan, mood sosial Abil bergantung kepada 'aura' orang-orang di sekelilingnya. Kalau dia merasa selesa, dia boleh saja bermain dan berkomunikasi bersama (mengikut caranya yang tersendiri). Jika tidak, dia hanya akan duduk diam dan menyendiri. Dengan kak Dina dan Zarif pun begitu, Abil biasanya akan menunggu inisiatif kak Dina dan Zarif sebelum melakukan sesuatu bersama-sama.

Walaupun Abil agak 'lambat' dalam aspek komunikasi dan sosial, dia sebenarnya seorang yang easy going dan selalu happy. Alhamdulillah :)




Bergayut: aktiviti kegemaran Abil :)

Dah hampir penghujung April.


Bagi kami, everyday is Autism Awareness Day!

Ok. Take care!

Be good. Be kind. Be happy. 

Apr 19, 2013

Info Jumaat


dari facebook


Kongsi info: Cara-cara membuat cat air (DIY)
(rujuk visual di atas)
Senang saja kan? Hanya perlukan tepung, garam, air dan pewarna makanan.
Jom cuba jom!

Oh ya, untuk idea-idea menarik aktiviti mewarna cat air (painting)..
Klik sini ---> Kids Art Project Ideas

Happy weekend!




dari Instagram

Apr 18, 2013

Jalan-jalan sana sini (episod 2)


Saja nak kongsi, favourite shop kami.
MR DIY

Nama je MR DIY tapi macam-macam ada, bukan sekadar barang DIY.
Bila masuk, memang rambang mata.
Kalau anda suka mencari barang-barang untuk membuat kraf bersama anak-anak, 
inilah tempatnya.

Tak silap saya, kalau di KL, ada kedai Daiso.
Bagi mereka yang biasa mengunjungi Daiso, ia menjual barang-barang dari Jepun, kan?
MR DIY ni lebih kurang 'adik beradik' Daiso.
Cuma, saya kurang pasti samada ia juga menjual produk dari Jepun.
Tapi memang banyak pilihan barangan. Semuanya comel-comel dan harga patut.

Saya dan anak-anak selalu juga ke sini untuk cuci mata, sambil cuci poket sesekali. hehe







Mana Abil? Dont worry, dia ada. 
Saya tak sempat snap gambarnya sebab dia sentiasa 'on the move'.
Mungkin sebab terlalu banyak 'rangsangan' di sekeliling bila masuk kedai ni. hehe


Anda bagaimana? What's your favourite place/shop? 


Cerita sudah habis.

Jumpa lagi :)



dari facebook

Apr 17, 2013

Tak kenal Maka Tak Cinta (episod 2)

Baca episod 1 ---> SINI

Mengenal ahli keluarga sendiri. 
Bukan setakat pada nama panggilan, tapi juga NAMA SEBENAR.
Sebelum ini, Abil sudah belajar mengeja nama ayahnya.
Memang priority pada nama ayah, walaupun susah nak eja. hehe
Alasan utama, nama ayahnya ialah sebahagian daripada namanya, betul tak?
Nurhan Nabil bin Nasrurridzwan.

Selain nama ayah, harus la kenal nama ahli famili yang lain, kannn??

Untuk membantu Abil, kami buat beberapa aktiviti.
Mula-mula, aktiviti old skool, salin dan tulis nama setiap ahli keluarga, 
termasuk namanya sendiri.






Boring menulis, kita mewarna pulak.
Macamana tu? Sila tengok visual di bawah..



Mula-mula, Abil nampak blur bila diberi latihan ini.
So, saya tunjukkan 1 contoh dan dia terus faham.



Nama saya terpaksa dipendekkan kepada Syahidah saja.
Kenapa?
Bila tulis Norsyahidah, dia sangat confuse dengan nama kakaknya, Nur Syahdina :)))


Akhirnya, siap!
Lepas ni kena buat aktiviti lain pulak, sampai Abil boleh ingat setiap nama kami, 100%!
Any ideas??


Have a great Wednesday!


dari Instagram

Apr 16, 2013

Yang Abil Suka

Salah satu ciri autisme ialah mempunyai obsesi pada sesuatu.
Obsesi = Minat = Kesukaan

Obsesi mereka biasanya agak ekstrem. Oleh itu, mereka perlu dilatih untuk mengawal obsesi tersebut. 
Kita juga boleh memanipulasi bahan/perkara obsesi mereka secara positif.

Gunakan obsesi mereka untuk mengajar mereka pelbagai perkara, khususnya melatih mereka berdikari. Obsesi boleh dijadikan sebagai reward atau  juga dijana untuk menjadi sumber pendapatan (bila mereka dewasa).

Sepertimana individu tipikal (bukan autisme), obsesi individu autisme adalah pelbagai. Ada yang obses pada objek seperti buku, bola, patung dinasour, gajet, tali atau dawai. Ada yang terlalu suka melukis, mengira, memasak, obses pada angka, abjad atau visual-visual tertentu. Ada yang gemarkan muzik, bermain alat muzik tertentu atau obses pada lagu/rancangan TV.

Apa pun obsesi mereka, selagi ianya terkawal, tidak mengganggu orang lain mahupun menjejaskan diri mereka, saya fikir ia tidak patut dihalang. Melakukan perkara yang mereka suka/minat boleh memberi ketenangan dan kelapangan fikiran.  Bagaimanapun, macam saya katakan, obsesi perlu ada hadnya.  Individu autisme cenderung untuk 'tenggelam' di dalam 'dunia' mereka sendiri jika dibiarkan terlalu sibuk dengan obsesi mereka. Kesimpulannya, layan obsesi seperti hobi, dilakukan dalam keadaan relaks dan tidak keterlaluan.

Obsesi Abil? Ada yang bermusim. Ada yang kekal. Nak baca obsesi-obsesinya sejak dulu, klik SINI. Salah satu obsesinya sekarang ialah melihat skrin TV di kedai elektrik. Lokasi kegemarannya; Kedai Elektrik SenHeng, Jusco.



"Nak pergi Jusco. Nak TV!"
Itulah skrip Abil hampir setiap hari. Asalkan hujung minggu, dia akan sebut skrip ini lagi dan lagi. Kadang-kadang kami ikutkan. Kadang-kadang tak. Alhamdulillah, dia faham. Yang pasti, kalau ke Jusco, kedai elektrik ini memang lokasi wajib, walaupun sekadar singgah 5 minit :)






Selain obsesi pada skrin TV, kebelakangan ini, Abil juga sangat sukakan klip video ini.
Sami Yusuf : It's a Game.

Dia akan tekan repeat dan ulang berkali-kali bahagian lagu yang digemarinya.
Setiap kali nak dengar lagu ini (dari handphone saya),
Abil akan request,"Nak video. Sami Yusuf!"
hehe




dari Instagram

Jom Petrosains!

Aktiviti hari Sabtu.
Kami ke Petrosains dan Perpustakaan Awam Johor.

Plan asal nak ke library. Masuk saja ke pintu utama, nampak pintu masuk Petrosains.
Haruslah singgah dulu, kan? hehe

Jom!











Walaupun petrosains di sini, berskala kecil (berbanding petrosains KLCC), 
tapi ia tetap menarik.
Kami sampai jam 9 lebih (pagi).
Petrosains pun baru dibuka, masih belum ramai pengunjung.
Memang cukup selesa kak Dina dan Zarif beraktiviti di sini.
Oh ya, sayang Abil tak ada (ada aktiviti di sekolah).



Keluar dari Petrosains, terus kami pusing-pusing library.
Ampun ye, tak banyak gambar library.

Saya sibuk belek buku dan duduk-duduk membaca. hehe
Paling best, bau buku di libraryHeaven!

Kami nak datang sini lagi dan lagi. Sampai muak.haha

Oh ya, kena bawak Abil sekali :)


Info untuk yang berminat:



Info Petrosains? Klik SINI.

Apr 15, 2013

Jalan-jalan ke Zoo Negara

Saya dah janji di sini. So, this is it.

Kongsi gambar: Trip ke Zoo Negara
Bila? Beberapa bulan yang lalu. hehe

Ok. Jom tengok visual :)


















Saya bagi 2.5 bintang untuk Zoo Negara (markah penuh: 5 bintang).
Banyak aspek yang perlu diperbaiki. Tapi bagi saya, trip ke sini masih berbaloi.
Puas berjalan. Puas tengok haiwan. Siap bagi makan kat gajah. hehe
Yang penting, anak-anak saya happy.




Info tiket dan opening hours Zoo Negara?
Klik SINI.



dari twitter